puding jagung berkuah.

assalamualaikum wbt.

hari ini, saya buat puding jagung. haaa tekejut beruk la tu dengar nodee masuk dapur. mengapa saya buat puding? haaaa. kerana, nodee adalah kuat makan dan suka makanan berlemak berkrim lagi bergemok sehingga sanggup masuk dapur.

hari ini, ibu bapa saya menjemput keluarga kenalan kenalan mereka datang ke rumah untuk beraya. ibu ingin menjamu agar agar sebagai dessert. bukan sembarangan agar agar ya tuan tuan dan puan puan. agar agar bersama kuah lemak berkrim kegemaran saya serta orang gemok gemok sedunia + koktail.

saya sebenarnya tak gemar berdepan dengan kenalan ibu bapa ni esp yang dah lama tak jumpa. nanti banyak komen komen seperti ‘amboi da besaaarrrr da anak dara ni’, ‘gemokkkk nye anak kawwwww’ (ok ni tipu) dan lain lain. sebagai seorang yang sedar bahawa saya memang besar sejak zaman bersekolah lagi, adalah menggerunkan untuk tahu bahawa saya lebih besar dari keadaan yang memang sudah besar. erghhh.

anyway, kerana nodee adalah penggemar makanan berlemakrimanis, nodee ingin makan puding jagung instead bersama kuah tersebut. takat agar agar kosong tak main la kan. tak cukup gemok. maka nodee pun berusaha untuk menghasilkan puding jagung.

Resipi puding jagung:

150g tepung custard
150g gula
300ml susu sejat
700ml air
1 tin jagung manis

sila guna penimbang jika anda belum cukup otaiii untuk main bajet bajet

campurkan semuanya kecuali jagung dan (tapis dulu) masukkan ke dalam periuk.

——————-

gunakan api yang kecil kerana campuran cepat mengeras.
setelah lebih kurang 15minit or apabila campuran dah ala ala berkilat, masukkan jagung.
masak untuk beberapa minit kemudian sejukkan.
(alihkan dalam bekas lain dulu. nodee malas so dia sejukkan dalam periuk aje)

——————-

punca kemerekahan adalah tidak diketahui. sedap sangat kotttt. haha.

nampak mcm sedap kan? memang sedaaaaap ponnnn. hiksssss~

cara hidangan:

puding jagung kastad berkuah lemak berkrim kegemaran nodee!

——————-

yang penting adalah kuah lemak itu ye kawan kawan. sangat sedap dan manis lemak berkrim. campuran kuning telur, gula, sedikit tepung kastad bagi memekatkan kuah, serta satu tin susu creamer. uuuhhhhh sedap wa cakap sama lu. memang bahan buatan pun bahan bahan yang menggemukkan. digandingkan pula bersama puding jagung nodee, lagiii la mantappppp. hehehe. kuah tu mama buat untuk agar agar btw. tapi aku nak nyemak jugak makan dengan puding aku hehehe. ok uols. i wanna go pick a baju that will make me look less fat to wear tonight. erghhh macaaaaaam la boleh sorok kaaaaaaaaan.selamat buat puding kepada sesapa yang teringin makan puding or nak buat open house ke makan makan ke ape. pastu jangan lupe jemput aku kayyyyy. muahhhhhhhhsss!

XOXO

——————-

11 thoughts on “puding jagung berkuah.

    • hehe yeke.. sbb guna santan kott.. kitorang salu wat guna susu krimer.. pastu wajib makan dgn kuah sbb kuah yang buat sedaap :)

  1. I jumpe blog u mase cari resipi puding jagung. kebetulan pulak your resipi ni same with yang my sis guna. we all kalau family event tak pernah miss buat he he.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s