bidding addiction…

ok I was once a bidding junkie on ebay.. pantang tengok bag cam menarik sikit sure bid. Then sometimes bila menang bid tu, gelabah la sebab tetiba rasa bag tu tak cantik and terbid banyak hahaha. so anywayyyy just recently I won a really nice Coach handbag, full leather, minimal wear and tear signs, for just around RM150 hahaha syok gila.

then…. now….. my fingers are all itchy again to joy bid on ebay muahahaha.

and to share with all of you what I just lost:

$_57

I used the auto-bid application and set my max bid at 60 dollars. They guy who won it won at 62!!! Sure dia pun guna auto-bidder hahaha. That’s like less than RM250 ok for this gorgeous handbag! siap ada wallet lagi aaaaaa!!! nyesal tak bid 70 or 80 but then again.. kalau bid tinggi nanti dah cecah 300++ lak cam malas la beli mahal mahal sangat tak nikmat la nak lenjan bag tu sampai berdaki kan hehe.

ok sekian saja cerita ebay untuk hari ini. anak dah bangun. bye!

IMG_9101

Sufi 6mo – 7mo.

Ok quick post before he wakes up.

Sufi just turned 7mo a few days ago. So fasttt wehh. Some points on his development:

  • Sufi is STILL learning how to crawl lol (his peers all sudah merangkak already but sokay, take your time baby)
  • Sufi HATES solids – he glues his lip together when I try to feed him – food tried includes carrot, apple, pumpkin, sweet potato
  • Sufi LOVES liquid – susu tetek, air kosong, love love love sangat
  • I think Sufi now recognises me – his mak. I can feel it hahaha before ni tak feel sangat yoll. Like maybe he can cam my smell and voice la but my face like looks the same with all other ladies out there like that la. Now I feel like he knows my face dah. Dia gedik lebeh sikit bila cranky and dengar aku panggil.
  • Sufi LOVES huge crowd. Ok ni dari kecik pun lagi but yeah just to keep note that he STILL loves big crowd. Terus terkinja bila ramai orang especially his cousins are around.
  • Sufi has not yet developed stranger anxiety. Sapa sapa dukung dia pun dia ok je. (because his mother likes to pass him around and savour the few minutes that she can lepak a bit and tak ingat kat anak hahaha)
  • Sufi is getting more and more adorable cos he’s more relaxed now. Unlike when he was a younger baby, like easily irritated by surroundings kan. Now he wakes up in the morning and smile aduhhh cair beb and touch touch our face, our hair, korek our hidung all. I’m having less of those “Sufi nak apeee?? SUfi nak apeeeee??!!” moments and I’m lovin it. It’s easier to troubleshoot his source of crying now – either hungry or sleepy. Tu je. It used to be either panas, sejuk, angin, lapar, or whatever reasons la he cried for.
  • Sufi weighs about 9kg now. I don’t think he has reached 9kg but almost lah. His weight gain is suuuuper slow right after he turned 4mo. Bayangkan, it has been 3mo now and he barely gains 1kg. Mana tak nya budak ni tak boleh dok diam langsung!!! Alwaysss moving. Tu belum pandai merangkak properly lagi. Belum pandai berjalan berlari lagi. Tapi kan tetaaap jugak mak dia tak kurus ahahaha.
  • We just did his kenduri cukur jambul last weekend. Cos last time we did his aqiqah and cukur jambul kan he got admitted due to jaundice. So his rambut still virgin la never botak before. Masa majlis cuma gunting sikit2 je. Not sure if Ifran wants to shave off his rambut completely or tak.


IMG_9125

baby progress

dah lama nak tulis pasal progress baby. konon nye nak note down ah kat blog kan development dia month by month. hampehhhh. everytime I get to go online I’ll surf ebay or amazon or watch movies on popcorntime haha. baby sufi comel gileeeee aku tak tau la dia memang comel or comel kat mata aku and ifran je sebab dia anak kitorang hahaha biased gituh. tapi comel ahh dah la bau sedap. masam masam pun still sedap. ok tang bau tu memang biased kalau orang lain bau masam mau pening terus. sufi dah 5.5mo sekarang. lagi 2 minggu dia genap 6 bulan mak tak sabarrrrr nak bagi makan puree nestum bagai. mungkin semangat awal awal je kan lama lama dah malas nak lenyek buah tapi takpe, cita cita kena ada. ok alang alang tengah menulis ni, meh nak cuba recall sufi punya progress. newborn:

  • birthweight 2.6kg (ringan bak ang saje nak kasi mommy senang beranak)
  • kena jaundice and admitted for 2 days – masa tu reading dia 247 masa 7 days old
  • tak reti kentut – bila nak kentut dia punya meneran macam kes sembelit pastu marah marah
  • masih disconnected dengan mommy – dia macam takde eye contact, mata melilau, tak layan bila aku panggil haha

1mo-2mo:

1507781_10152562264252987_6248516942971219849_n

1mo

1509839_10152628973857987_2085435873688486259_n

2mo

  • weight – tak ingat tapi kat instagram mek tulis at 1.5mo, berat last checkup dah 5.2kg
  • masa ni mek berpantang lagi kat rumah
  • sufi dah start masuk buai – sebab dia tengah growth spurt kot so letak je atas katil dia terjaga and nanges letak je nanges – stress mak
  • apparently bukan mak je stress, pada suatu hari, mak naik atas ke bilik, masuk masuk bilik tengok sufi dah ada dalam buai – atok dia pun stress kot kena dodoi lama hahaha
  • atok kata babies elok tido lama – kalau buai membuatkan dia boleh tido lama sikit, then let it be
  • mak was was gak takut dia addicted to buai – fuh sib baik tak addicted kalau tak naya nak berangkut buai
  • masa ni sufi dah pakai baju 3-6mo
  • and kitorang dah introduce pacifier kat sufi sebab dia tazabarrr masa lepas mandi terus melalak nak susu so kena sumbat paci baru dia relax sikit
  • sufi dah pandai kentut sikit – tak teran lama sangat la
  • belum pandai roll badan tapi dah start cuba untuk roll la masa 2mo tu tapi sebab debab kan dia cam susah sikit nak golek tu
  • masa ni aku still rajin amik gambar sufi and whatsapp kat Ifran tiap hari hehe
  • pukul 5.30pm dah msg Ifran tanya bila nak balikkkk?

3mo:

10917845_10152703609782987_9150771716068270556_n

almost 3mo

  • weight: masa checkup rasanya masa dia 3+mo tu berat dia dalam 6.7kg
  • masa ni dah rasa connected dah budak ni dah pandai buat eye contact
  • dia dah pandai gelak gelak tapi only atok mdnor (abah Ifran) yang leh buat dia gelak bila geletek sufi guna misai – fuh masa ni aku punya kekaguman first time tengok anak sendiri gelak kan fuh kenot describe la – serious kagum sebab tak sangka dia dah pandai gelak
  • sufi dah pandai golek!
  • dia dah start tido lama waktu malam – siap aku yang bangun malam kejut dia untuk minum tapi dia tak layan hnnnzz
  • sufi bangun twice kot waktu malam untuk minum – tak bangun sangat la dia macam gerak gerak kaki tangan sambil buat bunyi keluh kesah tapi mata tutup – lepas sumbat tetek dia sambung tido like a boss
  • aku antara mak mak yang lucky sebab dapat baby yang tahu bezakan malam dan siang. serious siang dia nap kejap2 je dalam buai dalam 30mins-2hrs la longest. bila malam dia memang tidur dari 9am-9pm camtu alhamdulillah!

4mo:

10952086_10152860207007987_8346065327453384241_n

4mo

10888745_10152804639122987_5842544683326034544_n

4mo nak masuk 5mo kot

  • weight: 8kilogram bebbbb!
  • opah (mak aku) dia dah ngadu mintak belikan walker sebab tak larat nak dukung budak debab ni
  • aku tak kisah dia pakai walker sebab nak senangkan mama jaga
  • Ifran tak kasi guna walker sebab taknak sufi jadi berat bontot untuk belajar berjalan nanti haha
  • sufi dah pandai golek, pandai angkat kepala and maintain heads up masa tengah meniarap
  • sufi pernah demam sekali – mild fever la dalam 37-38 camtu
  • kitorang tempek kool fever je and lap lap badan – esoknya demam kebah
  • sufi dah start tunjuk tanda2 teething
  • air liur toksah cakap la meleleh cam air terjun (ni dah lama since 3mo kot)
  • semua benda dia masukkan dalam mulut
  • tangan dah nak start mencapai tapi cam tak steady la

5mo:

20819_10152858564687987_5515922202967317950_n

5mo+

  • weight: 8+kg masa last checkup. dia dah slowdown dah weight-gain sebab budak ni dah banyak bergerak. dulu hibernate mode sekarang dah galak mode.
  • sufi suka gelak especially time tengah lalok lalok tahan mata nak tido. dia macam high gitu kan.
  • sufi comel gileeeee ok tu dah cakap dah kan kat atas haha
  • sufi makin kuat gigit – toys, jari dia, jari kita – dah leh rasa gums dia tapi macam lom ada gigi lagi
  • sufi selalu bengang gile kalau paksa dia tido memalam. bila aku dah start lagu dodoian merdu yang biasa aku nyanyi bila nak tidokan dia, dia dah mula dahhh mendesah desuh (ade ke perkataan ni?)
  • nak mendodoi dia memalam memang yang kene vigorous gelek gitu sambil berzikir bermacam macam nada. nada mendayu, nada rock, nada fun fun gituh pun ada
  • sufi dah pandai rotate badan dah kalau meniarap so dah takleh biar sembarangan atas katil

6mo:

  • sufi baru turn 6mo hariniiiiiii wehoooooo hence baru nak upload post ni padahal dah draft sejak 10 days ago hehe
  • apa progress cupicupi at 6mo? kita tungguuuuuu~

dah sejuta kali postpone.

I’m supposed to start training the baby to bottlefeed today but I’m not readyyyy. I want him to drink from ma booobissss. About one month to go before I start working (nanges air mata darah) so people around me advised me to start training him already, sharing all the horror stories of babies mogok lapar not wanting to drink from the bottle and insist on waiting for the mothers to come home. If that happen to happen with us, I don’t know who to kesian more. My baby or my mother.

car seat for Sufi.

sooo.. basically among the stuff that you need to buy for your firstborn, I would say, the 4 most expensive items would be:

  1. Breast pump
  2. Baby cot
  3. Stroller
  4. Car seat

breast pump ada banyak choice. but the ones with good reviews will cost you cheapest pun RM500++ (yang spectra M1 kalau tak silap). for me, I bought Medela FreeStyle sebab good reviews and the set comes with item item lain macam bag, cooler pack bla bla bla. aku ni pantang kalau barang ada set set ni. terus lemah. Medela FS ni kat butik2 shopping mall like mothercare, dia jual RM2k+ or konon ada promo, dapat la dalam RM1.8k camtu rasanya. tapi aku beli kat pumponthego. dia jual RM1499 tapi kalau beli lebih dari satu, dia bagi discount. aku beli dengan dak opis, so beli 2 set, dia bagi 5% discount. dapat la dalam RM1425 camtu. tapi kena byr dalam satu resit tau. so kalau kome pakat nak beli, ajak member beli ramai ramai.

baby cot mahaaal. nampak je macam simple kayu bodo je kan tapi ratus ratus yollll. pastu kan bedding set lainnnn. tilam lainnn. tilam baby size cinonet tapi hargaaa omg 300 uols. bedding set pun ratus ratusss. kain bukan sedap sangat pun material bedding set tu. tapi kalah comforter parkson nok. cam around 2-3 ratus gak kalau masuk bantal2, comforter, bumper bagai tu. kelambu tak masuk lagi. kelambu je dah RM80++ yoll. nasib baik baby cot kat shah alam noly belanje bagi hadiah hehe. baby cot kat klang guna kaklong punya. jimat sket di situ. tapi tu lah. ratusan gak habis kat bedding set, tilam and kelambu tu. tapi takpe. kita leh recycle turun temurun kan hihihi.

stroller. aku kenan kat stroller Nuna Pepp Luxx ni. sebab macam kecik comel ringan leh lipat2 flat jimat ruang bagai. guna satu tangan pun dah leh lipat hehe.

harga kat sini orang jual 1k++ rasanya. kat jakarta jual tak sampai 1k pun. tapi kak long Ifran dah offer stroller dia. Quinny Zapp version apa ntah. ok je. kaklong ni jenis baik sgt semua pun nak bagi guna free. Ifran tak suka kalau orang bagi.. sebab kita macam pinjam kan so nak guna pun cam tak best la kan cam guna barang pinjam. so dia nak beli dari kaklong stroller tu. tapiii aku yang brilliant ni telah terfikirkan satu idea yang lebih baik hahaha – kitorang belikan car seat so that kaklong leh pakai untuk Danish. infant car seat Danish tu leh pass kat Sufi. dia pun dah tak muat nak duduk lam infant car seat. infant car seat tu kaklong kasi dengan stroller dia sekali. kira macam barter la kan. win-win.

nanti by the time kakak Danish dah besar tak perlu guna car seat, dia leh pass car seat kakak dia kat Danish pastu Danish leh pass carseat Cybex ni kat Sufi. mula mula nak beli Corsatto Zoomi ni. harga dalam 800+ kalau beli kat amazon UK including shipping. kalau kat local blogshop leh dapat RM750 camtu tapi kena tunggu diorang punya bulk shipment la dalam sebulan dua.

pastu survey punya survey lagi, berkenan kat Recaro ProRide. kat amazon US harga dalam 200USD jah murah nokk. tapi kalau masuk shipping, hayyohhh shipping je dah 270USD. nanges. ingat nak guna freight services yang guna per crate dalam 300USD tu leh share share dengan orang lain kalau diorang nak order barang kan. tapi cam leceh pastu tung tang tung tang ongkos nya nanti mahal juga. kat malaysia recaro seat tu jual RM1899 yoll. mahal gelllsss.

pastu usha usha lagi kat amazon UK lak. jumpa la satu car seat ni group 1/2/3 (group 123 means dia leh guna from infant sampai toddler so berbaloi la beli leh pakai lama hihi).

cbx1

Yang kat amazon UK ni ada sikit je choice color dia. pastu review ada satu je. aku cam, satu jee? tak cukup memberansangkan. tapi cam suka. tapi cam was was. dah la takde jual kat website lain sangat review pun tak banyak. video kat youtube semua dalam bahasa asing. tapi sebab dah tengok video semua and website Cybex macam bagus je brand tu kan siap buat crash test bagai. so cam dah nekad la nak beli. tapiiii nasib baikkk laaaa ting ting ting terfikir nak check kot kot amazon ada untuk Germany kan jeng jeng jengggg ada uolssss hahaha gembiranya hati sayaaaaa ohh kandaaaaa!

cbx1

dah la banyak choice colorrrrrrrrrrr muahahahhaha sukanya sayaaaa! pastu kannn color yang mek kenan murah dari color lainn ohhh rejekikuuu. terusss mek Buy Now walaupun sepatah haram tak faham apa dia tulis kat website tu kan tapi sebab dah terer manoeuvre website amazon so tade hal beb wa berjaya beli dengan jayanya (ada la google translate sket kan). ceteka ceteka mek beli color apa? hehehehehe color ni Ifran pun kenan hehe best best. tak sabar tunggu car set sampaiii. walaupun Sufi tak dapat rasmikan tapi takpeee suke jugak hehe. harap harap tak kena tahan kat kastam la hazabnye nak drive pergi sepang pick up kat kastam.

kite beli color biruuuu cantek tak cantek takkkk??

confinement no good for your pocket.

sebab semua benda tak leh buat kan so asyik surf surf online and end up beli something. ala ala masuk pharmacy walaupun takde benda nak beli tup tap adaaaa gak benda yang dibeli. kali ni shopping kat amazon sebab Ifran nak cari thermometer untuk Sufi. takut la kan young parents sek sek kitorang ni tak reti nak check anak demam ke dak. so survey punya survey, kitorang decide amik thermometer VeraTemp. tengok review sume cambest je. Ifran tak sabar tunggu barang sampai sebab dia nak amik suhu semua benda. air, aircon, lauk pantang mek, ketiak dia semua lah.

alang alang ada beli barang kat amazon tu kan.. harus lah combine shipping sekali kan harus lah beli benda lain gak kan hahaha. mek beli baju untuk Sufi sebab baju tu ada mitten cuff siap. senang kerja mek takyah pakaikan mitten. budak ni pakai kejap je dah lucut. lagi satu, beli diaper changer kot kot nanti nak keluar sat sat. bag okkatots yang awesome tu memang awesome semua boleh sumbat tapi besar gak la kan tak sesuai gittew kalau takat nak keluar sat sat.

total damage to the wallet?

Untitled

baju tu kalau tolak shipping dalam RM10 per piece ok la kann dah jimat takyah beli mittens hehe (sedapkan hati). pastu diaper changer tu perluuu kan nak jimat ruang lam kete. pastu cam smart ahhh diaper changer diaa mek nak gak tak kireee.

ufw-041_2z