hai. saya ada bofren. nama dia Em Ow ESH dee ai eff arr ay N. nama nama poyo dia ada banyak seperti IFlabbergasted, IFstergh, IFran, geromezee etc. nama nama manja dia opsss tak boleh bagi tau nanti dia malu. saham turun katanya. malam tadi dia suruh saya puji dia dalam blog ini sebanyak 5 baris ayat. 5 baris je?
kenapa saya suka bofren saya? banyak sebab. 13 daripada nya adalah seperti yang di sini. lagi 8628494506578000 juta sebab yang lain saya tak boleh nak bagitau kesemuanya sebab nanti dia malu. saya pun malu juga nak cakap. turun lah saham kami nanti. kebanyakan daripada 8628494506578000 juta sebab itu adalah perkara yang amat remeh temeh seperti yang di sini.
saya suka dia sebab dia suka kutuk saya. dia suka kutuk saya yang selalu peduli apa orang lain fikirkan tentang saya. dia selalu kutuk saya kerana saya tidak yakin dengan diri sendiri. setidaksuka saya terhadap penyataan tersebut, saya tahu ia adalah benar. saya suka apabila dia kutuk kutuk motivasional gitu. saya suka. terasa diri begitu berharga.
saya suka bila saya sibuk di siang hari lalu dia sms bertanyakan soalan soalan poyo sebab tidak ada modal mahu tanya apa seperti “watpeee tu ha tengok seksi dot kom yeeee?” atau dengan tiba tiba “hari ni rasa hensem ar” atau hanya sms berupa ‘;-*’ sahaja. walaupun hanya satu emoticon, hati terasa berbunga bunga ala ala di ciom betul betul dek kekaseh. tak aku tipu je dow takkan la aku sepoyo tu. still, saya suka. terasa diri kadang kadang diingati.
saya suka bila hari hari tak kira dia sibuk mana pun sampai seharian suntuk tidak kedengaran berita, tetapi pabila sudah mengantuk saya juga yang dicari nya lalu disuruh nya saya bercerita seorang diri macam orang gila sehingga dia terlena. terasa diri begitu berguna.
selain itu, saya juga suka gila bila dia jual mahal kat saya lepas tu tak habis habis cakap macam dia hensem sangat erghh erghhh rasa geram gila rasa nak culek campak kat padang bola then suruh dia buat strip dance kat tiang gol dengan hanya berspender sahaja. ya saya memang amat gatal. tak gatal bosan la kan. awak nak jadi bosan ke? kalau nak sila lah malu malu melampau. saya tak nak.
berminat untuk jadi gatal? sila hubungi Ratu Gelek MMU di Teratak Kontroversi.
P/S:
bb, saya suka awak lah. saya dah suka awak sejak awak mula mula cakap awak suka saya dulu tapi saya jual mahal tanak ngaku. saya suka awak banyak gila sebanyak air dalam tangki air untuk taman perumahan yang ada 248 rumah yang boleh menampung penggunaan selama 18 tahun. darab dengan pemalar 659400 ribu. jumlah di kira dalam unit sentimeter padu. kalau awak kasi saya kereta Kelisa sebijik, cinta saya kat awak upgrade jadi 501 bungalow kat Damansara Country Heights, 34 tahun supply. muah muah ;*
Posted by lizahaslantan on February 20, 2008 at 6:03 pm
alo… (i’m if’s friend btw…) isk… i wish i can write like you… selambe belasah aje nak tulis ape… hehehe… sangat open gitu… but if i were to blog like you (especially your jiwang post), tak yah blog la, baru tanye the boifren pun dia da kate confem dia gelak guleng-guleng… hampes kan boifren saye tu… tapi takpe sayang dia juge… anyway, love everything about your blog, laugh my heart out reading… daa…
Posted by strike.a.pose on February 20, 2008 at 7:30 pm
bestla kan karanagn tentang percintaan kau melibatkan mak??kan!!!awas kao..hahahhaha
Posted by IF on February 20, 2008 at 10:17 pm
B…. the goal post strip dancing image has been bugging me!
Damn it!! Hahah!!
Posted by nodee on February 21, 2008 at 9:39 am
liza: hello liza. tak perlu tanya bofren. tulissss je terussss :D
rased: heh heh heh ala kao tu marah marah suka la tuuuuu~
bb: yes yes. saya pun tak sabar nak tunggu awak perform hehehe :P
Posted by lizahaslantan on February 21, 2008 at 5:06 pm
hehe…
Posted by nazrin on February 21, 2008 at 5:55 pm
wuh!!..hebat…
Posted by Sara on February 22, 2008 at 11:50 pm
Disebab kan karangan ini. Saya juga mahu menulis sebuah karangan kepada boypren saya.
Tp disebab kan saya amat malas.. Saya akan meng-copy dan meng-edit karangan Cik Nodee.
Harap saya tidak akan di saman.
Sekian Terima Kasih..
Posted by nodee on February 23, 2008 at 1:42 pm
eh takpe takpe. tak kan la nak saman kannn. 5% royalty je :D